
Assalamualaikum,
Blog ini diwujudkan untuk memberi pengenalan kepada khidmat yang kami berikan kepada anda semua. Disini kami ingin memperkenalkan kepada anda Encik Jamaluddin, seorang pendidik yang telah lama berkhidmat di dalam bidang perguruan. Di sini kami ingin mewar-warkan kepada semua satu lagi bidang yang diceburi oleh Encik Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai Pak Jamal di kalangan mereka yang telah dan pernah mendapatkan khidmatnya. Oleh itu, tamatlah sudah kata-kata aluan ini dan diharap saudara dan saudari semua dapat mendapat sesuatu yang boleh menguntungkan semua pihak dari segi kesihatan melalui blog ini. Pak Jamal berpengalaman merawat sakit tengkuk, bahu , lutut, betis, pergelangan kaki dan otot.Bermula dari tahun 1994 telah ramai pesakit dari segenap lapisan masyarakat mendapatkan khidmat Pak Jamal untuk merawat penyakit sendi mereka. Diantaranya datang dari golongan VIP, atlit sukan, peneroka FELDA dan individu individuyang hanya mengetahui kebolehan Pak Jamal melalui perantaraan dari mulut ke mulut.Untuk menghubungi Pak Jamal, sila klik di sini.
" KITA HANYA BERUSAHA, TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA"
Sekian
" KITA HANYA BERUSAHA, TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA"
Sekian