Sunday, January 18, 2009

Apa Itu Kecederaan Otot ?

Kecederaan Otot dapatlah dedefinisikan sebagai kesakitan bahagian otot anggota tubuh badan seperti rasa lenguh, ketidakselesaan semasa bergerak semasa dan sesudah melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan otot. Kecederaan ini juga boleh di alami semasa melakukan aktiviti seharian seperti berkebun, mengemas rumah dan juga mengangkat barang.

Kecederaan yang dihadapi mempengaruhi individu supaya sukar untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pergerakan psikomotor mahupun dari segi pengamatan dan konsentrasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kecederaan sebegini akan menjejaskan mutu pekerjaan yang dilakukan kerana ia akan merencatkan kecergasan yang diperlukan untuk memberikan hasil yang terbaik. Lebih buruk lagi jika individu yang cedera meneruskan pekerjaannya akan mengakibatkan kecederaannya menjadi bertambah serius. Justeru itu, rawatan perlulah di dapatkan secara segera untuk mengelakkan sebarang perkara yang lebih buruk berlaku terhadap anggota otot.

  • Untuk menghubungi Pak Jamal, klik disini
  • Untuk melihat cara-cara urutan yang digunakan, klik disini

No comments:

Post a Comment